Wednesday, July 8, 2009

Bola Sepak Juara-Juara Sekolah 2009

SMK Guar Perahu, beraksi cemerlang pada perlawanan akhir di kejohanan bola sepak Juara-juara Sekolah peringkat negeri Pulau Pinang. Perlawanan akhir tersebut telah berlangsung di Stadium Bertam, Kepala Batas.
Kejohanan bola sepak ini telah bermula sejak 23 Jun hingga 3 Julai 2009. Pada perlawanan Akhir tersebut pasukan SMK Guar Perahu berjaya mengalahkan pasukan SM Teknik Batu Lanchang dengan jaringan 5-0. Mohamad Akram b. Rosli telah muncul wira pasukan SMK Guar Perahu apabila menjaringkan hatrik dan sekaligus telah dinobatkan sebagai pemain terbaik pada perlawanan akhir. Gol-gol lain pasukan SMK Guar Perahu dijaringkan oleh Mohamad Syafiq b. Yacob dan Muhamad Naim b. Zakaria.
Sebelum itu kedua-dua pasukan telah mengalahkan lawan masing-masing diperingkat separuh akhir. SMK Guar Perahu menewaskan SMK Penang Free dengan sebanyak 1-0 manakala SM Teknik Batu Lanchang telah menewaskan SMK Sungai Acheh dengan jumlah jaringan 6-1. Menurut jurulatih En. Md Zaid Yahya, pasukan bimbinganya memang berazam untuk mengekalkan kejuaraan dalam pertandingan bola sepak Juara-juara Sekolah peringkat negeri Pulau Pinang ini. Kejohanan di peringkat kebangsaan nanti akan dilangsungkan di Kuantan, Pahang pada bulan hadapan. Hadiah kejohanan telah disampaikan oleh En. Mohamad Hassan b. Mohamed, Penolong Pegawai Pelajaran, Pejabat Pelajaran Daerah Utara.

Venue Koordinator Bertugas!...Macam kenal je?

Kejohanan Bola Sepak ASAT 2009 P. Pinang

SMK Guar Perahu sekali lagi muncul juara dalam pertandingan bola sepak ASAT peringkat negeri Pulau Pinang tahun 2009. Perlawanan akhir tersebut telah berlangsung di Padang SJKC Pei Teck, Nibong Tebal, Pulau Pinang. Pada perlawanan Akhir tersebut pasukan SMK Guar Perahu berjaya mengalahkan pasukan SMK Teluk Kumbar dengan jaringan 4-0. Gol-gol pasukan SMK Guar Perahu dijaringkan Mohamad Akram b. Rosli, Mohamad shukri b. Md. Shaker, Mohd Kamal b. Ahmad dan Muhamad Naim b. Zakaria.
Sebelum itu kedua-dua pasukan telah mengalahkan lawan masing-masing diperingkat separuh akhir. SMK Guar Perahu menewaskan SMK Sungai Acheh dengan sebanyak 2-1 manakala SMK Teluk Kumbar telah menewaskan Sekolah Sukan, SMK Mutiara Impian dengan jumlah jaringan 2-0. Hadiah Kemenangan disampaikan oleh Tn. Hj. Ibrahim b. Mohamad, Pengarah Pelajaran Negeri Pulau Pinang.
Hasil Kemenangan ini pasukan Bola Sepak SMK Guar Perahu akan mewakili negeri Pulau Pinang diperingkat kebangsaan.

Tuesday, July 7, 2009

Kejohanan MSSM di Kelantan

Tahniah kepada semua pasukan Bola Sepak, MSSPP yang telah bertanding di kejohanan MSSM tempohari...
Pasukan Adik-adik 12 TKB MSSPP telah muncul Johan Kebangsaan, Kena Tabik spring kat depa...memang HEBAT! 8 pemain terpilih wakil kebangsaan... malangnya Virus H1N1 membataskan mereka ke Jepun. Dalam kejohanan MSSM tempohari skuad 12 tkb ini turut memenangi pemain terbaik perlawanan akhir - Adik Syafiq dan penjaring terbanyak.
Bagi pasukan 15 dan 18 TKB telah berjaya mengekalkan prestasi tahun sebelumnya -layak ke peringkat suku akhir. Beberapa pemain dari pasukan 15 dan 18 TKB ini turut terpilih untuk pemilihan team Malaysia dan Bukit Jalil.

Lama tak update!

Mohon banyak kemaafan ...sekian lamanya tak update blog...!
Kesibukan xtvt di sekolah membataskan usaha ini...
walau bagaimanapun pihak webmaster akan cuba paparkan semua program-program dan aktiviti msspp selepas ini...