Wednesday, July 8, 2009

Bola Sepak Juara-Juara Sekolah 2009

SMK Guar Perahu, beraksi cemerlang pada perlawanan akhir di kejohanan bola sepak Juara-juara Sekolah peringkat negeri Pulau Pinang. Perlawanan akhir tersebut telah berlangsung di Stadium Bertam, Kepala Batas.
Kejohanan bola sepak ini telah bermula sejak 23 Jun hingga 3 Julai 2009. Pada perlawanan Akhir tersebut pasukan SMK Guar Perahu berjaya mengalahkan pasukan SM Teknik Batu Lanchang dengan jaringan 5-0. Mohamad Akram b. Rosli telah muncul wira pasukan SMK Guar Perahu apabila menjaringkan hatrik dan sekaligus telah dinobatkan sebagai pemain terbaik pada perlawanan akhir. Gol-gol lain pasukan SMK Guar Perahu dijaringkan oleh Mohamad Syafiq b. Yacob dan Muhamad Naim b. Zakaria.
Sebelum itu kedua-dua pasukan telah mengalahkan lawan masing-masing diperingkat separuh akhir. SMK Guar Perahu menewaskan SMK Penang Free dengan sebanyak 1-0 manakala SM Teknik Batu Lanchang telah menewaskan SMK Sungai Acheh dengan jumlah jaringan 6-1. Menurut jurulatih En. Md Zaid Yahya, pasukan bimbinganya memang berazam untuk mengekalkan kejuaraan dalam pertandingan bola sepak Juara-juara Sekolah peringkat negeri Pulau Pinang ini. Kejohanan di peringkat kebangsaan nanti akan dilangsungkan di Kuantan, Pahang pada bulan hadapan. Hadiah kejohanan telah disampaikan oleh En. Mohamad Hassan b. Mohamed, Penolong Pegawai Pelajaran, Pejabat Pelajaran Daerah Utara.

Venue Koordinator Bertugas!...Macam kenal je?

No comments:

Post a Comment